http://casino.us.org Web Informer Button

Affiliate Program


Tamparuli Sabah - A place to visit

Tamparuli Sabah was known as an old town rich with cultural value and fascinating places. The town located in the middle of Tuaran District, 36KM from the main city of Kota Kinabalu, easy to be found and a lot of surprises waiting for the visitors. The visitor will be fascinated with The Extreme Para Gliding Sport, The legendary of “Bukit Perahu”, Hatob-hatob Waterfall, Hanging Bridge and The Old Suspension Bridge Made by the British in the early 50s, The one and only "The Upside House Of Borneo" and Chantek Borneo Gallery if you visit Tamparuli Sabah. ( Please read more inside this website). For local tourist who likes to travel outside Malaysia, you can e-mail to D7tours and Travel Co through Harry.george@gmail.com. For International tourist who wish to visit Sabah The Land Below The Wind, you can e-mail or call to our correspondent travel agency:

______________________________________________________________________________
D7-TRAVEL AND TOURS-Registered Travel and Tours Co
IGNATIUS@ BOP JUANIS
H/p: 016-8121702

______________________________________________________________________________


"Please Subscribe, Likes, Shares and Comments for my Official Youtube Channel" and Continuing support my Vlog.. Stay Safe!!!

Thanks...
Harry George











My Beloved Tamparuli Sabah


Tamparuli - Green Technologhy
MINAT....Wilfred mendengar penuh minat penerangan Nasarullah.
KESUNGGUHAN Ahli Parlimen Tamparuli, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing menerokai bidang pertanian begitu terserlah dan memilih untuk menjayakan visi pengstrukturan semula KementerianTenaga, Air dan Komunikasi  kepada nama baru Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air .

Sejajar dengan dasar Kerajaan menggalakkan penghasilan teknologi hijau, Wilfred telah memilih untuk turun ke ladang bersama rakyat Tamparuli dengan mempelopori penanaman Jatropha Curcas (Jarak Pagar) secara intensif dan berskala komersil.

“Kita harus lebih serius mengusahakan projek yang berdaya maju seperti Jatropha ini kerana tidak memerlukan modal yang besar dan boleh dijalankan seisi keluarga tanpa melibatkan tenaga kerja asing,” kata Wilfred ketika merasmi Majlis Seminar Penanaman Jatropha Secara Komersil di Tenghilan baru-baru ini.

Kata Wilfred, untuk berdaya maju, petani sara diri harus mempelbagaikan tanaman mereka termasuk tanaman komersil yang memberi hasil dalam masa yang singkat dan mempunyai pasaran hadapa yang cerah.

“Kita tidak lagi boleh terlalu bergantung kepada kerajaan untuk mencipta peluang, sebaliknya kita sendiri menggunakan ruang dan peluang untuk bersaing secara sihat untuk menghasilkan pelbagai komoditi utama termasuk minyak Jatropha,” ujar Wilfred yang menggesa rakyat Tamparuli agar melupakan kegagalan projek mereka yang lalu dan menumpukan usaha untuk memajukan projek penanaman Jatropha ini secara serius.

Masa untuk menghitung kesusahan, kata Wilfred kini telah berlalu dan tiba masanya bagi rakyat Tamparuli menceburi industri agropolitan secara glokal melalui penanaman Jatropha di tanah mereka yang terbiar kerana ia merupakan perusahan keluarga yang bersaiz komersil.

“Dengan sumber minyak yang semakin berkurangan, keputusan kerajaan menubuhkan Kementerian Tenaga, Teknologi  Hijau dan Air merestui usaha kita menanam Jatropha sebagai persediaan untuk menghadapi krisis ekonomi dan minyak di masa hadapan,” ujar  Wilfred di majlis yang dianjurkan bersama Persatuan Kontraktor Gugusan Sahabat (KOGUSA).
 
 TEKUN.... Wilfred  dan peserta tekun mendengar ceramah yang disampaikan Juruperunding Adli Ayob.

Penerokaan penanaman Jatropha yang dipakejkan dengan penghasilan baja organik yang dikeluarkan di kilang baja di Tuaran akan memberi pulangan yang menguntungkan kepada semua peserta.

Tegas Wilfred, pihaknya telah menubuhkan Koperasi yang mempunyai lebih 1,000 ahli dan akan menjalinkan kerjasama bestari dengan KOGUSA untuk membuka Ladang Jatropha secara komersil dalam waktu yang terdekat melalui projek estet mini.

Memandangkan Jatropha begitu mudah ditanam dan dikomersilkan, maka Wilfred yakin Tamparuli akan menjadi pembekal Jatropha utama dalam masa sepuluh tahun akan datang.

Di majlis tersebut, Wilfred turut menyampaikan sepuluh pokok induk Jatropha kepada setiap peserta perintis yang akan memulakan projek sulung di tanah mereka sendiri sementara menunggu Tapak Semaian di Kampung Lepasan, Tamparuli mengeluarkan benih yang bermutu untuk tanaman secara komersil.

Wilfred juga turut memberikan sebungkus baja organik kepada setiap peserta yang mendapat anak benih Jatropha melalui program satu desa satu industri.

 
 SIMBOLIK.... Wilfred (kanan) sedang menyampaikan anak pokok Jatropha kepada salah seorang peserta.

Dalam pada itu, Presiden Kogusa, Nasarullah Dollah ketika berucap di majlis berkenaan memaklumkan bahawa pihaknya sedia membeli hasil dan menawarkan khidmat nasihat kepada peserta.

“Kita akan membuka tapak semaian dan kilang di setiap daerah bagi memastikan petani memperolehi benih yang bermutu dan memproses segera hasil mereka,” ujar Nasarullah yang mempelawa para peserta melawat ladang Jatropha mereka di Kunak dan Pulau Sibatik.

Nasarullah memuji komitmen Wilfred memajukan rakyat Tamparuli dan menyifatkan mereka beruntung kerana mempunyai pemimpin berjiwa rakyat seperti Wilfred.

“Kesungguhan YB adalah modal paling besar untuk menjayakan projek ini,” kata Nasarullah yang mempelawa wakil rakyat lain mencontohi kepimpinan Wilfred yang meletakkan keutamaan kepada kepentingan dan masa hadapan rakyat.

Kata Nasarullah, aman mengejar projek pembangunan sudah lama berlalu dan kini tiba masanya rakyat membuat projek besar mengikut kemampuan mereka sendiri seperti penanaman Jatropha yang akan memberi pulangan yang menguntungkan.
 
 DEMONSTRASI....Wilfred sedang menunjukkan cara menanam anak Jatropha.

 
 BAJA....Wilfred turut menyerahkan sekampit baja organik kepada salah seorang peserta.

Related Posts Plugin for Blogger...

My Blog List

Search Engine Promotion Widget
Google Back Link Checker