http://casino.us.org Web Informer Button

Affiliate Program


Tamparuli Sabah - A place to visit

Tamparuli Sabah was known as an old town rich with cultural value and fascinating places. The town located in the middle of Tuaran District, 36KM from the main city of Kota Kinabalu, easy to be found and a lot of surprises waiting for the visitors. The visitor will be fascinated with The Extreme Para Gliding Sport, The legendary of “Bukit Perahu”, Hatob-hatob Waterfall, Hanging Bridge and The Old Suspension Bridge Made by the British in the early 50s, The one and only "The Upside House Of Borneo" and Chantek Borneo Gallery if you visit Tamparuli Sabah. ( Please read more inside this website). For local tourist who likes to travel outside Malaysia, you can e-mail to D7tours and Travel Co through Harry.george@gmail.com. For International tourist who wish to visit Sabah The Land Below The Wind, you can e-mail or call to our correspondent travel agency:

______________________________________________________________________________
D7-TRAVEL AND TOURS-Registered Travel and Tours Co
IGNATIUS@ BOP JUANIS
H/p: 016-8121702

______________________________________________________________________________


"Please Subscribe, Likes, Shares and Comments for my Official Youtube Channel" and Continuing support my Vlog.. Stay Safe!!!

Thanks...
Harry George











CUEPACS kemuka cadangan kenaikan elaun penjawat awam.

|



CUEPACS dijangka mengemukakan beberapa cadangan berhubung kenaikan elaun penjawat awam dalam pertemuan kesatuan sekerja itu bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa di Putrajaya, hari ini. 

Antaranya mengenai Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Elaun Sara Hidup (COLA), tuntutan penginapan, status jawatan kontrak, gaji maksimum dan peranan ketua jabatan.  Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata sebagai contoh CUEPACS mencadangkan supaya COLA diselaraskan kepada RM300, manakala ITP pula ditingkatkan daripada RM180 kepada RM450 berdasarkan kos hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. 

Omar berkata, mengenai tuntutan penginapan pula, pihaknya berharap ia akan ditingkatkan kepada RM200 berbanding RM120 ketika ini, kerana kebanyakan hotel sudah menaikkan harga. 

“Jumaat lalu, beliau (Ali) mengumumkan lebih 80 jenis elaun penjawat awam akan dikaji semula dan memandangkan kepemimpinan tertinggi CUEPACS mengadakan pertemuan bersamanya esok (hari ini), maka kita akan turut mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan kerajaan. 

“Kesediaan kerajaan untuk mengkaji semula perkara (elaun) itu, menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah melupakan soal kebajikan penjawat awam,” katanya kepada BH, semalam. 

Tujuan lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahannya sebelum diumumkan Perdana Menteri. Omar berkata, selain itu CUEPACS juga akan membincangkan secara terperinci mengenai penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum serta kadar kenaikan (gaji) yang bakal diperoleh mereka. 

“Sebelum ini dimaklumkan bahawa mereka mungkin menerima kenaikan antara dua hingga lima peratus, bagaimanapun ia hanya membabitkan kakitangan awam yang mempunyai prestasi cemerlang serta mencatat markah 80 dan ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). 

“CUEPACS berharap kenaikan itu membabitkan semua kakitangan daripada kumpulan terbabit yang turut menyumbang kepada perkhidmatan awam. Kita juga akan berbincang mengenai peranan segelintir ketua jabatan yang kadang-kala menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja,” katanya.

Berita Harian

0 comments:

Related Posts Plugin for Blogger...

My Blog List

Search Engine Promotion Widget
Google Back Link Checker